blog alblalangdotcom

Akhirnya… aku berjaya menembusi benteng untuk berkhidmat dengan kerajaan. Jawatan yang aku dapat adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang diwar-warkan sangat susah nak dapat melainkan kalau ada “cable” besar!!! Alhamdulillah, walaupun aku takde kabel tu tapi aku berjaya juga. Sekarang ni tengah tunggu “offer letter” je bila aku nak ’start’ lapor diri. ‘Result’ temuduga dah keluar kat web SPA.

Panjang ceritanya pasal aku nak dapat jadi PTD ni. Kisah yang pertama ini bukan pilihan utama aku. Ya betul! Orang cakap PTD ni ’supreme position’ dalam kerajaan tapi aku masa tu dok ‘apply’ nak jadi jurutera JKR. Tiga kali surat SPA sampai kat rumah tapi panggilan untuk peperiksaan jawatan PTD. Aku tak pergi langsung yang dua pertama tu. Kali ketiga sampai waktu tu awal tahun lepas kot bini aku suruh aku pergi juga pergi jawab periksa PTD. Dia cakap mungkin rezeki aku kat situ… dan aku pun pergi ambil periksa tu kat sekolah agama intergrasi kat Bangi. Tup-tup dalam selang 3 bulan sampai lagi surat SPA. Fuiyo… gua lulus periksa itu hari. Memang tak sangka sebab ramai yang kata susah nak lulus. Member aku pun ada yang ambil periksa tu berkali-kali tapi gagal jugak nak jadi pegawai tadbir diplomatik

Kali ni fasa kedua pulak proses tapisan untuk jadi PTD. Diorang panggil ‘Pre-assessment’. Tapi kali ni berbeza sket sebab orang Gomen tukar sket dia punya format. Aku kena buat program ni kat INTAN Kluang, Johor. Nasib baik ada sedare mare kat Johor. Sebelum ni program ni tiga hari tapi buat julung kalinya telah di’compress’kan jadi satu harijer. So, it’s been a very tight schedule. Pagi ujian sahsiah diri, which is, aku tak berapa kisah sangat memandangkan aku ni pun memang jenis ‘outgoing & outspoken person’. Yang tak tahan tu bila lepas makan tengahari. Nasib baik aku tak makan banyak masa tu. Ujian kedua adalah ujian fizikal. Pergh… memang goyang lutut beb sebabnya kalau aku disuruh buat time aku aktif main ragbi dulu OK le. Ini perut pun dah start besar, 6 pack dah jadi single pack, hampir tercabut lutut aku habiskan ujian fizikal tu. Satu hari aku takleh nak drive kereta.

Selang lagi tiga bulan, datang lagi surat SPA. “Anda berjaya dipanggil ke sesi temuduga”. Yahoo… unbelievable.. aku proceed lagi. Interview kat Putrajaya. Cuak beb. First time interview gomen. Tapi gua berjaya me’rilek’kan diri gua. Aku tunggu punya tunggu dari pukul 930 pagi, pukul 1215pm baru panggil masuk. Lama betul tunggu turn. Ada dua orang panel. Tanya soalan yang nasib baik tak berapa susah. Aku dengan penuh ‘confident’nya meng’answer’ semua soalan bahasa Inggeris, Melayu dan lepas tu… rojak. Hehehehe. Akhirnya ketua panel tu tanya aku satu soalan yang paling senang didengar tapi paling susah untuk dijawab. “Kenapa awak datang temuduga ni tak pakai baju kot/blazer? Ada orang invest beribu ringgit untuk beli kot semata-mata nak datang interview ni tau.” Time tu jantung aku dah macam orang kena asma. Kencang. Semakin kencang. Aduh.. Patut la kat luar tadi aku perasan ramai yang pakai kot. Bila aku tanya almost all memang tengah serve untuk kerajaan cuma diorang nak join tukar jawatan join PTD disebabkan prospeknya. Dan aku sedar time tu jugak kalau gi interview gomen siap-siap la pakai kot.

Panduan PTD


Berbalik ke soalan ketua panel tu, aku pun jawab, “Sorry, saya cuma ada satu kot jer tapi dah hilang kene curi (which is memang betul pun). Kot tu saya beli masa grad kat U. Saya tak beli lain sebab nature saya keje as a project engineer tak memerlukan saya pakai kot masuk site.” Panel tu pun balas,”Hahaha… reason awak adalah yang paling unik pernah saya dengar setakat ni… kene curi… PTD is the most supreme positions in the government, so you have to wear very smart attire bla bla bla… Kalau awak pakai kot hari ni mesti dah dapat extra marks untuk interview.” Cis, patut ker… mungkin la patut.. aku pun ingat dah agak gagal dan down. Tapi aku senyum je la macam orang mereng sket. Kalau la aku jumpa Panduan PTD lebih awal..

Dan akhirnya, mungkin memang betul kata bini aku rezeki kerajaan aku mungkin kat jawatan PTD ni. Bila check kat internet, nama aku berjaya sebagai calon lantikan. Tinggal tunggu surat panggilan rasmi. Dah tak sabar rasenya aku nak tender resign letter akat company skang. Inilah perjalanan aku untuk menjadi calon Pegawai Tadbir Diplomatik. Sekian. Tips PTD

Newer Posts Older Posts Home