Post ini ialah mengenai soalan-soalan lazim temuduga PTD yang di kongsikan oleh Saudara Khairul Zuhdi. Harap ianya memberikan sedikit sebanyak gambaran kepada bakal calon temuduga PTD. Soalan temuduga PTD 2009
1. Sila perkenalkan diri anda..
2. Kenapa nak jadi PTD???
3. Apa beza PTD dgn PTN (Peg.Tadbir Negeri)
4. Apa beza Ambassador dgn High Commissioner
5. Apa beza HRM (Management) dgn HRD (Department)
6. Apa beza Management dgn Administration
7. Kalau dapat PTD..Kamu nak kejer KEMENTERIAN maner??..Kenapa???Apa tugas utama kementerian terbabit??..Saper nama KSU Kementerian terbabit…Bagi nama satu agensi dibawah kementerian terbabit…
8. Apa 8 Bidang Tugas PTD..
9. Siapa KSN dan KPPA..
10. Nama2 Menteri..
11. Apa beza ISA dan OSA..
12. Dasar kerajaan…MISI NASIONAL, DEB dan sebagainya..
13. Pertubuhan antarabangsa..NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya..
14. Rancangan Malaysia yang terkini..(Contoh RMK8,RMK9)..
15. Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya..
16. RUKUN NEGARA…
17. Sejarah asal usul PTD…
18. Apa beza DUN dan PARLIMEN…Boleh disusuli ngan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker..
19. Delivery System..
20. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN..
21. Apa beza SULTAN dgn AGONG??…
22. Apa beza PKPA dgn PERINTAH AM ???
*Soalan kemungkinan akan ditanya berdasarkan jawapan yang dikemukakan…So kena laa stanby ngan jawapan2 yang munasabah..
sumber dari Tips dan Panduan PTD
Malam tadi tak boleh tido.. Aku cube bertenang, tak boleh jugak.. Aku dah risau apa akan jadi kalau aku tak tdo mlm.. takut gak pening2 masa jawab soalan nanti.
Pukul 6.30 pagi, aku naik bas sampai CM. Pukul 7 sampai kat CM. Then, dari CM aku naik cab. Sebab tak Jln. Cenderasari tu kat mana kan. Rupa2nya dekat je..
Aku masuk bilik tetamu, dah ada 5 6 org menunggu kat dalam. Aku ingat aku nk jadi no.1, ade jugak lagi awal dari aku.. Tak pe.. then, semua kena gi tingkat 2 utk registration.. Aku naik tangga dgn kaki yg terketar2.. takut gak...
Then, masa registration tu, pegawai bertugas mintak surat panggilan temuduga.. aku carik... tapi tak jumpa.. rupa-rupanye tertinggal.. lagi la aku gelabah.. Bila dapat no., aku jadi org no.1 bakal diinterview nanti...
Pukul 8 tepat aku dipanggil masuk ke bilik temuduga.. ya Allah.. Hanya KAU yg tahu mcm mana perasaan aku masa ni..
Antara soalan yg ditanya:- would you like to introduce yourself??- apa preparation yang aku dh buat utk dtg interview ni?? source dari mana?- berapa bidang tugas PTD? Aku jawab la 8.- Dari 8 bidang tu, yang mana u interested in? Aku jawab la local authority.- Start la soalan on local authority...
* apakah kedudukan local authority dalam sistem kerajaan Malaysia?
* Peranan local authority?
* Servis yang ditawarkan oleh local authority?
* Apakah rasional untuk melantik DO through election?- Tiba2 masuk bab public transport da...
* isu rapid penang & rapid KL la..
* public transport problem
*how to improve the public transport system
* banyak lagi la soalan dia on public transport..- tiba2 dalam jawapan aku tu, aku ada sebut perkataan "INTEGRITI".Apalagi... soalan on INTEGRITI la pulak... part ni agak mencabar..
- Masuk bab ekonomi sebab aku ada mentioned pasal Economic planning Unit (EPU).. adoii..
- Pas tu ada soalan dari JPA. Dia kata since aku pernah keje kat private & govt sector, apa yang sepatutnye government belajar dari private? Then, ape pulak yg patu private contohi govt?? Dalam ni die selit2 soalan yg berkaitan dengan dasar-dasar malaysia..
-Tak lama tu, soalan2 kembali kepada isu2 local authority pulak dahh...
- Then, isu2 semasa la in malaysia & dunia pulak...Addoooi.... penat gak nk brainstorm, nk jawab semua soalan tu.. hhuhu..
Aku kuar, tengok jam kul 9.30 dh.
Ya Allah... bile tengok kt bilik lain dh ada 3 & 4 candidate dh masuk.. aku yg 1st ni baru abis.. sabar je la..
Apa2 pun, jauh di sudut hati aku, aku tetap berdoa aku akan dapat position ni.. semuanya untuk mak & ayah aku.. amin..
sumber: http://budoklage.blogspot.com/2009/06/temuduga-ptd